Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara dengan bergaya apabila membelasah PSV

Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara dengan bergaya apabila membelasah PSV

Arsenal
PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Gabriel Jesus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara dengan bergaya apabila mereka memulakan kempen pertama dalam tempoh enam tahun dengan kemenangan mengagumkan ke atas PSV Eindhoven di Stadium Emirates.

The Gunners melengkapkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B mereka dengan persembahan cemerlang separuh masa pertama yang menyaksikan mendahului 3-0 pada malam yang dibasahi hujan di utara London.

Bukayo Saka membuka tirai jaringan selepas lapan minit, memanfaatkan bola lantunan apabila penjaga PSV Walter Benitez hanya mampu menepis sepakan Martin Odegaard tetapi singgah kepada pemain sayap England itu.

Saka sekali lagi terlibat apabila Arsenal menggandakan kelebihan mereka 12 minit kemudian, meletakkan bola dengan sempurna kepada Leandro Trossard untuk penyudah rendah.

Jesus cemerlang dan layak untuk menambah gol ketiga Arsenal tujuh minit sebelum separuh masa berakhir.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta melakukan beberapa perubahan pada separuh masa kedua sebagai persediaan untuk derby utara London Ahad ini menentang Tottenham.

Di sebalik pertukaran itu pasukannya masih mengekalkan kawalan penuh, dan Odegaard menjadikan kedudukan 4-0 dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya