United, Greenwood setuju berpisah

United, Greenwood setuju berpisah

MASON GREENWOOD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dan Mason Greenwood secara bersama bersetuju untuk penyerang itu meninggalkan Old Trafford selepas dia didakwa berdepan kecaman.

Penyerang berumur 21 tahun itu digantung Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Januari tahun lalu kerana didakwa menyerang seorang wanita selepas imej dan videonya tular.

Februaru lalu, pendakwaraya menggugurkan kes berkenaan termasuk cubaan melakukan rogol dan serangan seksual membabitkan Greenwood berikutan penarikan diri saksi dan bukti baharu ditemui.

Bagaimanapun United, menerusi kenyataan hari ini berkata, Greenwood berdepan kesukaran untuk meneruskan karier di United.

“Semua yang terbabit, termasuk Greenwood, melalui kesukaran untuk meneruskan karier di United.

“Justeru sudah dipersetujui cara terbaik buatnya ialah meninggalkan Old Trafford, dan kami kini bekerjasama dengan Greenwood bagi mencapai tujuan itu,” kata United dalam satu kenyataan.

Greenwood, yang kontraknya akan tamat pada Jun 2025, berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

“Saya tidak melakukan apa yang didakwa terhadap saya, dan pada Februari saya bebas daripada semua dakwaan.

“Keputusan terbaik buat semua ialah saya akan meneruskan karier bola sepak bukan di Old Trafford, ketika kehadiran saya tidak akan menjadi halangan buat kelab,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya