Pergaduhan di Pulau Pinang amat mengecewakan – FAM

Pergaduhan di Pulau Pinang amat mengecewakan – FAM

KEADAAN dan lokasi kejadian pergaduhan antara penyokong Penang FC dan Kedah FC selepas perlawanan Liga Super berdekatan Stadium Bandaraya, George Town kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sangat kecewa dengan insiden pergaduhan melibatkan penyokong Penang FC dan Kedah Darul Aman yang berlaku di luar Stadium Bandaraya di Pulau Pinang, kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, insiden terbabit sepatutnya boleh dielakkan jika kedua-dua kumpulan menjaga sensitiviti dan adab ketika hadir ke stadium.

“Saya sudah lihat video pergaduhan itu dan memang kita kecewa dengan apa yang berlaku. Sepatutnya penyokong kena jaga sensitiviti tak kira penyokong tuan rumah ataupun penyokong pelawat yang datang ke tempat orang.

“Saya harap perkara sebegini tidak lagi berlaku dan suka untuk saya ingatkan supaya jaga sensitiviti dan adab tak kira dalam stadium mahupun di luar stadium selepas perlawanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

NOOR AZMAN RAHMAN

Pada perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan itu menyaksikan Kedah melakar kemenangan 2-1 ke atas Penang.

Bagaimanapun, pergaduhan di luar stadium melibatkan segelintir penyokong kedua-dua pasukan lebih mencuri tum­puan berbanding keputusan perlawanan, malah video insiden itu kini tular di laman sosial dan mendapat kecaman daripada peminat bola sepak tempatan.

Dalam masa sama, Azman mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa terutamanya polis yang berjaya mengawal keadaan dengan pantas.

“Saya masih menunggu laporan daripada pegawai MC (Komisioner Perlawanan) dan kita akan lihat dari semua sudut.

“Apa pun pihak polis bertindak pantas dan saya ucapkan terima kasih kerana dapat menyelesaikan insiden itu daripada menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Sejurus selepas insiden itu, polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 38 tahun susulan insiden pergaduhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dan Kedah FC di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu, polis menerima maklumat berhubung kejadian rusuhan antara penyokong kedua-dua pasukan itu pukul 11.20 malam yang berlaku berdekatan sebuah stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya