Manchester United boleh kembali memburu Kane

Manchester United boleh kembali memburu Kane

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United boleh memasuki semula perlumbaan mendapatkan pe­nyerang Tottenham, Harry Kane sekiranya West Ham memberikan bajet kepada Erik ten Hag dalam beberapa minggu akan datang.

Ketika ini, skuad The Hammers sedang berunding untuk mendapatkan dua bintang United, Harry Maguire dan Scott ­McTominay.

Pengendali West Ham, David Moyes baru sahaja menerima 105 juta pound (RM617 juta) hasil penjualan Declan Rice kepada Arsenal, awal bulan ini.

Wang tersebut akan digunakan untuk membeli Maguire dan McTominay.

United dikatakan mahu 40 juta pound (RM235 juta) untuk McTominay dan 50 juta pound (RM293 juta) untuk Maguire, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ahli penting dalam skuad Ten Hag.

Jika West Ham sanggup membayar tinggi untuk kedua-dua pemain itu, Red Devils akan mempunyai ‘kuasa wang’ bagi melancarkan serangan mendapatkan Kane.

Penyerang berusia 29 tahun itu menjadi sasaran utama ­United pada musim panas ini.

Spurs pada mulanya enggan menjual Kane kepada pesaing mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), namun kapten England itu menolak

untuk berpindah ke Bayern Munich atau Paris Saint-Germain (PSG). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya