Melaka FC bakal hilang penaja

Melaka FC bakal hilang penaja

NUR AZMI Ahmad menyampaikan sumbangan duit raya pada Majlis Berbuka Puasa Melaka FC di sebuah hotel di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) mungkin kehilangan penaja jika pemain terus gagal beraksi cemerlang dalam saingan Liga M3.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, prestasi terkini Melaka FC menduduki tangga ketujuh liga daripada 14 pasukan perlu diperbaiki, dan jika tidak penaja dikhuatiri bakal menarik diri.

“Saya sudah beritahu pemain, mereka perlu ambil serius dengan prestasi terkini kerana penaja Melaka FC berdasarkan bulanan dan bukan kontrak setahun.

“Penajaan Melaka FC adalah berdasarkan prestasi semasa. Jika mereka bermain baik, penaja akan terus kekal dan jika pasukan kita terumbang-ambing, kita akan kehilangan penaja. Pemain juga harus tahu, setakat ini pembayaran gaji dan elaun buat skuad bawah 18 dan 20 tahun dibayar tepat pada setiap bulan dan bukan seperti skuad Melaka United musim lalu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Melaka FC di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Tambah Nur Azmi, skuad Sang Kancil perlu menunjukkan prestasi cemerlang apabila Liga M3 bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Saya minta pihak pengurusan dan jurulatih untuk ambil serius setiap perlawanan selepas ini kerana misi kita untuk berada antara dua kedudukan terbaik liga.

“MAFA akan mengeluarkan surat peringatan pertama selepas Aidilfitri kepada beberapa pemain dan pegawai kerana tidak memberikan fokus kepada misi serta visi diletakkan MAFA.

“Surat peringatan itu bertujuan menyedarkan mereka untuk bangkit memberikan komitmen dan kesungguhan bagi memperbaiki kedudukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya