Angkara tumbuk Sane, Mane digantung perlawanan dan didenda

Angkara tumbuk Sane, Mane digantung perlawanan dan didenda

SADIO Mane menumbuk Leroy Sane selepas Bayern Munich kalah 3-0 kepada Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bayern Munich menggantung Sadio Mane buat sementara ekoran pergaduhannya dengan rakan sepasukan, Leroy Sane selepas kekalahan kepada Manchester City pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara kelmarin.

Bintang Senegal itu dikatakan menumbuk muka Sane sehingga bibirnya berdarah selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Bayern kalah 3-0.

Bekas bintang Liverpool yang menyertai Bayern pada musim panas lalu hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan, namun terlibat dalam perbalahan dengan Sane di atas padang.

Pertengkaran berlarutan ke bilik persalinan, di mana Mane menumbuk Sane sebelum dileraikam oleh rakan-rakan sepasukan.

Bayern dalam satu kenyataan akhbar berkata: “Sadio Mane, 31, tidak dimasukkan dalam skuad Bayern untuk perlawanan di tempat sendiri menentang 1899 Hoffenheim, Sabtu ini.

“Ini susulan salah lakunya selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Manchester City. Mane juga akan dikenakan denda.”

Mane yang dibeli pada harga 35 juta pound (RM193 juta) dan menikmati gaji 250,000 pound (RM1.38 juta) seminggu bagaimanapun dibenarkan menyertai sesi latihan pagi di Sabener Strasse hari ini sebelum keputusan dibuat.

Mane sebelum ini meminta maaf kepada rakan sepasukan atas tindakannya selepas mengadakan pertemuan dengan presiden Oliver Kahn, pengarah sukan Hasan Salihamidzic dan bekas pemain City, Sane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya