Teong Kim enggan 'sentuh' mutu pengadilan

Teong Kim enggan ‘sentuh’ mutu pengadilan

LIM TEONG KIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sedar mungkin dikenakan tindakan, Datuk Lim Teong Kim enggan menyentuh mengenai mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) biarpun riak wajahnya tampak kecewa selepas pasukannya tersingkir pada pusingan pertama Piala FA malam tadi.

Semalam, Perak ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama selepas tumpas 1-2 kepada Sri Pahang, di mana mereka terpaksa mengharungi baki 23 minit permainan dengan 10 pemain setelah Muhammad Fadzil Idris diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua.

Perak yang mendahului 1-0 dalam sebahagian besar perlawanan jelas terkesan dengan ketiadaan Fadzil, malah sepakan penalti yang dihadiahkan kepada lawan di hujung permainan memburukkan lagi keadaan.

“Saya memang kecewa tetapi tidak guna cakap. Nanti kena tindakan. Lebih baik tutup mulut,” katanya membuat isyarat ‘zip’ mulut semasa sidang akhbar selepas perlawanan Piala FA dengan Pahang di Stadium Perak di sini semalam.

Walau apapun, Teong Kim mengakui tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dalam Liga M setakat ini.

KEGEMBIRAAN Perak yang mendahului menerusi jaringan Christian Obizor tidak bertahan lama apabila Sri Pahang bangkit dengan dua gol untuk menyingkirkan tuan rumah pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

“Tidak ada apa yang saya boleh buat kecuali berharap pemain belajar dari kesilapan mereka sendiri.

“Memang perancangan pasukan terjejas apabila bermain kurang pemain,”katanya.

Beliau juga berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap pemain yang mengutip kad atau diperintah keluar padang jika melakukan kesalahan tulen.

“Lainlah kalau bertumbuk atau bergaduh dalam perlawanan. Itu akan dikenakan denda tambahan memang kita ada hukuman itu,”katanya .

Jurulatih itu tetap memuji persembahan anak buahnya yang tidak berhenti bermain walaupun kurang seorang pemain.

“Kami masih membawa cabaran kepada lawan dan mencipta peluang tetapi malangnya tiada penyudah,” katanya.

Teong Kim berpuas hati dengan persembahan pemain tetapi mengakui ada yang beraksi di bawah tahap

“Secara keseluruhan pemain memberi yang terbaik. Kami pasukan muda. Saya yakin kami akan mencapai keputusan akhirnya nanti.

“Walaupun kecewa kami tidak dapat meneruskan perjuangan dalam Piala FA tetapi saya yakin ada hikmahnya. Kena bersabarlah sedikit,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya