Lupakan ‘kenduri’, Selangor alih fokus kepada Sri Pahang

Lupakan ‘kenduri’, Selangor alih fokus kepada Sri Pahang

PEMAIN Selangor FC meraikan kejayaan membelasah Kuching City 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching kelmarin. – IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lupakan kemenangan 5-0 ke atas Kuching City, Selangor FC kini beralih fokus sepenuhnya untuk menghadapi tugasan yang lebih mencabar, menentang Sri Pahang dalam aksi ketiga Liga Super di Peta­ling Jaya esok.

Pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe menegaskan, masih terlalu awal untuk melihat tahap permainan anak-anak buahnya walaupun mereka sudah melakar dua kemenangan setakat ini, termasuk mengalahkan Kelantan United 1-0 dalam aksi pembukaan.

Katanya, pasukannya harus melupakan ‘kenduri gol’ di Ku­ching itu dan mempersiapkan diri menghadapi Sri Pahang yang juga berada pada prestasi terbaik mereka selepas membenam Kelantan FC 4-1 kelmarin.

“Masih terlalu awal untuk melihat tahap 100 peratus permainan setiap pemain.

“Apa pun, kita sedar perlawanan ketiga nanti penting tambahan pula Pahang baru me­numpaskan Kelantan FC, jadi saya mahu pemain bersedia berdepan mereka,” katanya.

Bagaimanapun Cheng Hoe mengakui, berpuas hati ­dengan persembahan anak-anak buah­nya kelmarin, terutama lima ­jaringan yang terhasil kerana mereka mengharungi perjalanan jauh untuk bermain di Kuching.

Lebih melegakan Cheng Hoe, selepas mengharungi dua perlawanan, semua pemain bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk diturunkan menentang Tok Gajah.

“Kami cukup puas hati biarpun perjalanan kami ke sini kurang lancar.

“Secara keseluruhan, pemain menunjukkan taktikal disiplin baik. Apabila kita menyerang, ada pemain di kawasan kotak penalti.

“Apabila kita bertahan, kita juga mampu menyerap teka­nan dari Kuching City yang turut mempunyai kekuatan dari serangan mereka.

“Kita pun tidak sangka mampu dapat lima gol dan saya rasa dari segi kerjasama pasukan dan semangat, kita nampak setiap pemain

kesebelasan utama dan simpanan yang diturunkan menunjukkan komitmen tinggi,” ujar Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya