Curi kabel, ada pihak mahu sabotaj Perak FC?

Curi kabel, ada pihak mahu sabotaj Perak FC?

GAMBAR tular dalam laman Facebook penyokong Perak FC mengenai kejadian kabel lampu limpah Stadium Perak yang dipotong dan dicuri. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kehilangan kabel dan komponen lampu limpah Stadium Perak di sini pada Selasa lalu bukan kes kecurian biasa sebaliknya dipercayai ada usaha untuk mensabotaj Perak FC.

Unsur sabotaj itu timbul selepas terdapat keraguan berhubung kejadian tersebut termasuk barang-barang yang dicuri dalam kejadian terlaku sedikit.

Pegawai pasukan Perak FC yang enggan namanya disiarkan berkata, kabel yang dicuri sangat pendek dan tidak berbaloi sekiranya untuk dijual

“Jika setakat satu meter mana ada nilai. Jika kabelnya satu gulung mungkinlah,” kata pegawai itu kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dawai lampu limpah yang dicuri juga tiada tembaga dan langsung tiada harga sekali gus motif kejadian menjadin tanda tanya sehingga timbul dakwaan ingin sabotaj Perak FC.

“Saya rasa ini bukan hendak mencuri sangat tetapi lebih kepada sabotaj Perak FC memandangkan tarikh perlawanan Pertama Liga Super 2023 sudah semakin hampir.

“Ada orang yang mahu Perak FC kerugian serta tidak boleh mengadakan perlawanan sulung di Ipoh,”katanya.

Begitupun masalah itu sudah diatasi berikutan usaha pembaikan oleh pemilik stadium iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sebelum ini pemilik Perak FC, XOX sudah mengadakan rundingan dengan pihak berkenaan bagi mengadakan perlawanan di sebelah petang atau berpindah gelanggang jika masalah lampu limpah itu tidak berjaya disiapkan sebelum perlawanan Sabtu ini.

Terdahulu, Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) mengesahkan berlaku kecurian kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak seperti yang tular dalam media sosial.

Dalam kenyatannya MBI berkata, kejadian itu disedari pada Selasa lalu ketika pihaknya membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini yang mendapati bilik High Mast Pole No. 3 telah dipecah masuk.

Siasatan mendapati hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, piihak MBI telah membuat laporan kepada pihak polis pada hari kejadian dan siasatan telah dijalankan dengan mengambil keterangan beberapa individu untuk siasatan lanjut.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja pembaikan telah bermula bagi membolehkan perlawanan pertama pasukan Perak FC dalam Liga Super dapat diadakan mengikut jadual.

MBI menganggarkan kerugian akibat kejadian itu sebanyak RM135,000.

Kejadian itu menyebabkan para penyokong pasukan Perak FC bimbang ia akan menjejaskan lampu limpah stadium menjelang perlawanan pembukaan pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini menentang Kedah FC pada 25 Februari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya