Lukaku terlepas dua perlawanan pertama Belgium

Lukaku terlepas dua perlawanan pertama Belgium

Romelu Lukaku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Romelu Lukaku tidak akan diturunkan oleh Belgium dalam Piala Dunia 2022, sekurang-kurangnya sehingga aksi  terakhir Kumpulan F menentang Croatia.

Penyerang Inter Milan itu terlepas sesi latihan pertama Red Devils sejak tiba di Qatar, Jumaat lalu kerana belum pulih  daripada kecederaan hamstring.

Lukaku, 29, yang memegang rekod penjaring terbanyak Belgium dengan 68 gol dalam 102 penampilan tetap menjadi sandaran skuad negaranya, biarpun  jurulatih, Roberto Martinez mengakui pemain itu belum cergas.

“Ia sesuatu yang lebih baik buat kami jika dia dapat bersama pasukan untuk aksi  pertama (menentang Kanada) tetapi saya tidak boleh beritahu bila dia boleh kembali.

“Saya pernah berada dalam situasi sepertinya pada Kejohanan Eropah (Euro) tahun lalu apabila hadir ketika baru pulih daripada kecederaan .

“Saya pasti, kami akan bersama Romelu tidak lama lagi,” kata pemain tengah Atletico Madrid, Axel Witsel.

Lukaku mengharungi 18 bulan yang penuh sukar, kembali menyertai Inter Milan secara pinjaman selepas musim suram di Chelsea.

Dia hanya diturunkan dua kali bersama Inter sejak Ogos lalu, selepas mengalami kecederaan pertama ketika tewas 3-1 di tangan Lazio. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya