Pengadil, Syihan dua-dua tak salah - Utusan Malaysia

Pengadil, Syihan dua-dua tak salah

AKSI Ahmad Syihan Hazmi ketika berdepan JDT dalam perlawanan pertama Liga Super, 11 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan pengadil perlawanan Muhammad Nazmi Nasaruddin memberikan tambahan 10 minit masa kecederaan dan tindakan penjaga gawang Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang melengahkan permainan adalah tidak salah.

Bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Amir Sharifuddin Wong percaya, Muhammad Nazmi sudah mengambil kira beberapa perkara dalam membuat keputusan melanjutkan masa kecederaan.

“Untuk masa kecederaan ianya terpulang kepada pengadil itu sendiri berdasarkan perlawanan yang ditangguhkan seketika akibat kecederaan pemain atau pertukaran pemain.

“Pengadil sudah mengambil kira semua faktor ini sebelum memberikan tambahan masa kecederaan dan jika perlawanan terhenti dalam tempoh yang telah diberikan (masa tambahan) ia tidak boleh ditambah lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

Fernando Forestiere meraikan kejayaan JDT menumpaskan Negeri Sembilan dalam perlawanan yang berlanjutan hingga 100 minit di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Tambahnya, dia juga pernah memberikan masa tambahan 12 minit semasa mengadili perlawanan sebelum ini dan ianya bukanlah satu kesalahan.

Diminta mengulas tindakan Ahmad Syihan, Amir Sharifuddin berpendapat penjaga gawang kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia melengahkan permainan dalam situasi bola dalam padang tidak salah melainkan bola itu terhenti atau dengan kata lain bola mati (sepakan gol),” tegasnya.

Ujarnya lagi sekiranya dia mengadili perlawanan tersebut, tambahan masa 30 saat mungkin akan diberikan selepas pelawat menjaringkan gol.

“Sesetengah pengadil dia akan tamatkan terus perlawanan tetapi dalam situasi ini sebaliknya apabila Muhammad Nazmi menamatkan perlawanan sebaik JDT menjaringkan gol.

“Adalah lebih cantik jika kita tambahkan 30 saat lagi sebelum wisel dibunyikan, tetapi seperti yang saya katakan tadi pengadil tidak salah.

“Biasalah bila satu keputusan yang dibuat dan dianggap salah ia akan menidakkan prestasi pengadil itu,” kataya.

Pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih tiga mata penuh hasil jaringan tunggal Fernando Forestiere di penghujung masa tambahan babak kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya