Pemulihan kecergasan fokus hari pertama Kim Pan Gon - Utusan Malaysia

Pemulihan kecergasan fokus hari pertama Kim Pan Gon

KIM Pan Gon memantau latihan pemain kebangsaan di Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kim Pan Gon mengendalikan sesi latihan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya hari ini, di mana 25 daripada 30 pemain yang disenaraikan hadir pada hari pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Khair Jefri Jones yang baru selesai menjalani kuarantin Covid-19 bersama Negeri Sembilan FC akan melapor diri ke kem latihan kebangsaan esok, manakala Safawi Rasid terpaksa pulang ke Terengganu kerana masalah kesihatan bapanya dan Darren Lok pula tidak sihat.

Dua lagi pemain yang berpangkalan di luar negara, Liridon Krasniqi (Odisha FC, India) dan Dion Cools (Midtjylland, Denmark) hanya akan menyertai rakan-rakan di Singapura, minggu depan.

Tumpuan utama Pan Gon pada hari pertama adalah memulihkan kecergasan pemain dan latihan penuh hanya akan bermula Rabu ini.

“Malam tadi ramai yang bermain (pusingan pertama Piala FA) selama 90 minit, jadi kita beri keutamaan kepada soal pemulihan.

“Esok pagi kita akan mulakan dengan taktikal dan latihan sebenar mungkin hanya bermula pada Rabu ini,” kata Pan Gon.

Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac untuk menghadapi dua perlawanan Tier 1 menentang Filipina pada 23 Mac, diikuti Singapura (26 Mac) sebelum bertemu kelab Liga Singapura , Albirex Niigata FC pada 28 Mac.

Persahabatan tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Jun ini, di mana Malaysia diletak dalam Kumpulan E bersama-sama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya