Ahmad Faizal kecewa kekalahan kepada Laos - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal kecewa kekalahan kepada Laos

AHMAD Faizal Azumu (tengah) bersama pemain pasukan yang menjuarai Kejohanan Futsal Peja Trophy Peringkat DUN Chenderiang di Tapah hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kecewa terhadap kekalahan 1-2 skuad kebangsaan kepada Laos dalam Kejohanan AFF Bawah-23 di Kemboja kelmarin.

Menurutnya, berikutan itu satu post mortem harus dibuat dan tindakan serius perlu diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Beliau berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama komuniti bola sepak negara perlu mencari jalan untuk mempertingkatkan prestasi pasukan kebangsaan agar tidak lagi dimalukan oleh pasukan yang selama kini menjadi belasahan.

“Kita kecewa apabila pasukan kebangsaan yang menyertai kejohanan, kalah. Tentunya kita rasa amat kecewa kerana  bola sepak adalah sukan popular di negara kita, sebahagian besar rakyat bermain sukan ini.

“Tapi apabila bermain di kejohanan antarabangsa,  kita nampak agak lemah. Saya harap FAM mencari jalan bersama komuniti bola sepak seluruh negara, mereka perlu bekerjasama rapat dan cari jalan untuk mempertingkatkan prestasi pasukan kita.

“Bagaimana nak develop bakat-bakat baru sehingga berjaya tubuhkan pasukan dan bagaimana nak tingkat kualiti, semangat kerjasama sepasukan untuk pastikan kita tidak tewas kepada pasukan-pasukan yang sebelum ini adalah pasukan belasah kita.

“Kini kita nampak terbelakang. Kita terpaksa terima keputusan ini namun satu post mortem dan tindakan-tindakan yang serius perlu diambil oleh pihak-pihak yang terbabit,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Kejohanan Futsal Peja Trophy Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di sini hari ini.

Skuad kebangsaan tewas mengejut pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan AFF B23 1-2 kepada Laos kelmarin.

Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan.

Skuad kebangsaan tiada pilihan apabila perlu menang pada aksi kedua kumpulan esok untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Saingan dalam Kumpulan B hanya membabitkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan susulan penularan Covid-19.

Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadual pada 26 Februari. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya