Perak II jangan 'over confident' jumpa Kelantan FC - Utusan Malaysia

Perak II jangan ‘over confident’ jumpa Kelantan FC

PEMAIN Perak II menjalani latihan akhir di Ipoh semalam sebelum berdepan Kelantan FC malam ini. - IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Perak FC II dingatkan supaya tidak bersikap terlalu yakin apabila turun menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana, di Stadium Perak malam ini.

Biarpun pernah mengatasi lawan di Kota Bharu di pusingan pertama tetapi ketua jurulatih Perak FC II, Syamsul Mohd. Saad tidak mahu anak buahnya memandang mudah perlawanan itu.

“Itu dulu. Sekarang dan berubah. Kelantan FC juga sudah membuat rombakan dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi baki saingan.

“Malah saya yakin semua pasukan melakukan penyusunan semula kepada barisan pemain, “katanya.

Syamsul atau lebih dikenali dengan panggilan Choi berkata, dia sudah mempunyai kerangka utama pasukan bagi menghadapi baki kempen mereka.

“Pemain menunjukkan peningkatan dan semangat tinggi berdasarkan persembahan dalam perlawanan persahabatan. Ini perkembangan baik dalam pasukan.

“Saya akan mengekalkan kesebelasan permulaan sama malam esok (malam ini),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai pemain import baharu yang akan digunakan, Choi berkata, setakat ini hanya kedudukan Sergio Aguero yang sudah pasti, manakala pemain lain adalah Charlie Machell, Samir Ayass dan Ghislain Guessan.

“Ghislain mungkin diberi peluang, namun Machell dan Ayass belum bersedia,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya