Messi kini musuh saya - Neymar - Utusan Malaysia

Messi kini musuh saya – Neymar

NEYMAR (kanan) dan Messi bersahabat sejak di Barcelona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Neymar sedia mengetepikan persahabatannya dengan pemain Barcelona, Lionel Messi dalam usaha memburu kejayaan Copa America pertamanya bersama Brazil pada perlawanan akhir menentang Argentina nanti.

Brazil akan menentang skuad La Albiceleste dalam saingan akhir Copa America 2021 di Stadium Maracana dengan kedua-dua pemain mahu membawa pulang kejuaraan pertama mereka.

Messi tidak pernah memenangi Copa America bersama Argentina sejak kali terakhir negara itu menjadi juara pada 1993, manakala Neymar tidak berada dalam skuad ketika Brazil memenangi kejohanan itu dua tahun lalu atas faktor kecederaan.

Kedua-dua pemain itu sangat akrab sejak Neymar mewakili Barcelona empat tahun lalu, sekali gus mencuri tumpuan dalam saingan Copa America kali ini.

Messi mendahului kejohanan Amerika Selatan itu dengan empat gol dan lima bantuan, manakala Neymar menyumbang dua jaringan dan tiga bantuan.

“Seperti yang selalu saya katakan, dia adalah seorang pemain terbaik yang pernah saya lihat dan dia juga kawan yang bagus.

“Sekarang kami di pentas akhir, kami adalah seteru. Saya ingin menang dan saya mahu memenanginya di mana ia menjadi Copa America pertama saya.

“Messi sudah sekian lama memburu kejuaraan pertamanya bersama pasukan kebangsaannya dan setiap kali kami (Brazil) tidak bersaing dalam mana-mana kejohanan, saya akan menyokongnya.

“Itulah yang saya lakukan ketika Piala Dunia 2014, di mana dia ketika itu berdepan Jerman,” kata Neymar.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya