LISBON: Juara Eropah, Portugal melaungkan amaran awal menjelang Euro 2020 apabila mempamer aksi bertenaga ketika menewaskan Israel 4-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir hari ini.
Cristiano Ronaldo meledak jaringan ke-104 dalam 175 penampilan bersama skuad kebangsaan untuk meletakkannya dengan lima gol di belakang rekod milik Ali Daei dari Iran.
Bintang Manchester United, Bruno Fernandes pula meledak dua gol dan Joao Cancelo melengkapkan kemenangan selesa di Lisbon.
“Kami sudah memperbaiki kelemahan sejak perlawanan terakhirbmenentang Sepanyol (seri 0-0).
“Saya tahu apa yang kami perlu lakukan untuk menang, dan saya yakin dengan pasukan ini,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.
Portugal diletak dalam Kumpulan F, yang dianggap kumpulan ‘maut’ bersama juara dunia, Perancis, Jerman dan Hungary.
Mereka akan memulakan kempen dengan
menentang Hungary pada 15 Jun sebelum berdepan Jerman empat hari kemudian dan Perancis pada 23 Jun. – AGENSI