Nantikan 'kejutan' Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Nantikan ‘kejutan’ Harimau Malaya

MOHAMADOU Sumareh (tiga dari kanan) bersedia diturunkan dalam aksi menentang UAE awal pagi nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memiliki barisan lebih baik dan kemasukan pemain baharu berkualiti bakal membuat Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan kejutan daripada Harimau Malaya sekali lagi.

Keyakinan itu disuarakan pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh menjelang aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai esok.

Sumareh mengakui mentaliti Harimau Malaya berada di tahap terbaik dan bersedia memberi kejutan sekali lagi seperti mana dilakukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, September 2019.

“Saya percaya dengan kualiti yang dimiliki pasukan mampu mencipta sesuatu yang istimewa kerana dalam pertemuan terakhir di Bukit Jalil, kami patut boleh menang walaupun tewas 1-2.

“Kami kekal dengan mentaliti sama dan setiap pemain turun untuk memburu kemenangan supaya tempat lebih terjamin untuk layak ke peringkat seterusnya.

“Secara peribadi, saya kini berada pada prestasi terbaik meskipun dibelenggu kecederaan sebelum ini. Dua aksi persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain membantu mendapat rentak di atas padang dan harap boleh sumbangkan sesuatu untuk pasukan,” katanya.

AKSI pertama di Bukit Jalil pada 2019 tidak memihak Malaysia apabila tewas 1-2 kepada UAE.

Pemain kelahiran Gambia itu percaya, kehadiran pemain baharu seperti Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula dan Dion Cools menambah kekuatan pasukan.

“Di atas kertas, UAE menjadi pilihan kerana mereka ada pemain-pemain berkualiti selain tonggak naturalisasi yang perlu diberi perhatian, namun Malaysia juga berbeza sejak kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dengan kehadiran Liridon, De Paula dan Cools,” kata

Sementara itu jurulatih, Tan Cheng Hoe menggesa pemainnya lebih cepat menyekat hantaran pemain tengah UAE, terutama Fabio Lima dan Khalfan Mubarak yang banyak membuka ruang kepada penyerang berbisa mereka, Ali Mabkhout.

“Kebanyakan jaringan datang menerusi kombinasi dia dengan dua pemain naturalisasi baharu, Fabio dan Khalfan yang banyak bagi hantaran.

“Kita harap benteng pertahanan dapat menyekat hantaran lebih awal sebelum sampai ke kaki Ali. Paling penting, bermain sebagai satu pasukan ketika menyerang atau bertahan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya