Kem Perancis 'panas' menjelang Euro 2020 - Utusan Malaysia

Kem Perancis ‘panas’ menjelang Euro 2020

OLIVIER Giroud (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Bulgaria kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe berang dengan komen Olivier Giroud yang mempersoalkan gandingan mereka dalam aksi persahabatan kelmarin dan hampir melepaskan kemarahan dalam sidang akhbar hari ini.

Perancis mengalahkan Bulgaria 3-0 di Stade de France dalam perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Euro 2020 dengan Giroud yang dimasukkan dari bangku simpanan meledak dua gol, sekali gus kurang lima gol untuk menyamai rekod terbaik sepanjang zaman Les Bleus yang dipegang Thierry Henry (51 gol).

Bagaimanapun penyerang Chelsea itu mendakwa, jentera serangam skuad bimbingan Didier Deschamps sepatutnya beraksi lebih baik dan kesal dengan prestasi Mbappe.

“Kadangkala anda boleh berlari tetapi bola tidak sampai. Mungkin, kami perlu lebih banyak bekerjasama,” kata Giroud.

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps (kiri) memeluk Kylian Mbappe dalam aksi persahabatan menentang Bulgaria di Paris kelmarin. – AFP

Deschamps cuba meredakan keadaan dengan berkata: “Penyerang akan berkata mereka melakukan larian tetapi pemain tengah tidak menghantar bola. Barisan tengah pula akan berkata sebaliknya. Ia bukan berkenaan Kylian atau sesiapa. Ini permainan sepasukan.”

Mbappe turut dikritik oleh bekas pemain Perancis, Jean Micoud, yang mendakwa bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mementingkan diri dalam menganggap ‘semuanya tentang saya’.

“Ia memalukan, walaupun selepas dia (Mbappe) dikeluarkan.

“Anda baru sahaja bermain dua perlawanan pemanas badan dan ia berjalan dengan baik tetapi apabila dia dikeluarkan, dia menjadikan keadaan seolah-olah pasukan kalah 4-0. Pada satu ketika, ia bukan tentang anda,” kata Micoud.

Mbappe dan Giroud perlu segera menyelesaikan sengketa kerana Perancis berdepan tugas getir dalam Kumpulan F.

Juara dunia itu akan memulakan kempen dengan menentang juara Piala Dunia 2014, Jerman, Rabu depan sebelum berdepan Hungary dan penyandang gelaran, Portugal.

Perancis berpeluang mengikut jejak Sepanyol dengan menjadi juara Piala Dunia dan disusuli dengan Kejuaraan Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya