Belanda garang dalam aksi sulung selepas tujuh tahun - Utusan Malaysia

Belanda garang dalam aksi sulung selepas tujuh tahun

PEMAIN Belanda meraikan kejayaan apabila tandukan pemain pertahanan, Denzel Dumfries meledak gawang Ukraine dalam aksi peringkat Kumpulan C Euro 2020 di Amsterdam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Belanda memulakan kempen Kumpulan C Euro 2020 dengan kemenangan apabila menundukkan Ukraine 3-2 slepas tujuh tahun tidak beraksi dalam kejohanan utama termasuk Piala Dunia 2018.

Ketua pasukan skuad The Oranje, Georgia Wijnaldum menjaringkan gol pertama pada minit ke 52 sebelum pemain hadapan, Wout Weghorst meledakkan gol kedua minit ke 58.

Walau bagaimanapun, Ukraine menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas dari Andriy Yarmolenko pada minit ke 75 dan Roman Yaremchuk minit ke 79.

Begitupun, pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries menjadi penyelamat kepada pasukannya apabila berjaya menanduk bola memasuki gawang lawan pada minit ke 85. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya