UAE 'panik', lebih tertekan jumpa Harimau Malaya - Utusan Malaysia

UAE ‘panik’, lebih tertekan jumpa Harimau Malaya

BRENDAN Gan (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Dubai malam tadi. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan percaya, status pasukan pilihan yang dimiliki Emiriah Arab Bersatu (UAE) meletakkan mereka dalam keadaan tertekan untuk bertemu negara dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, 4 Jun ini.

Aksi melawan Harimau Malaya ketika tewas 1-2 kepada UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September 2019 masih menjadi igauan buat skuad kendalian Bert van Marwijk.

Brendan berkata, skuad negara mampu memberi saingan kepada pasukan ‘Pak Arab’ itu sekiranya dapat mengulangi persembahan bertenaga apatah lagi UAE berada dalam keadaan tertekan.

“Pada aksi terakhir, kami mendominasi dan agresif mengasak mereka. Saya fikir kami tiada tekanan dan UAE yang lebih tertekan selepas mereka memecat beberapa jurulatih selain menggunakan pemain naturalisasi.

“Mereka yang panik ketika ini kerana melihat kualiti Harimau Malaya. Saya percaya pada kemampuan pasukan ini dan kalau kita sentiasa bersatu dan fokus, kita boleh tewaskan mana mana pasukan,” katanya dalam akhbar secara maya semalam.

Mengakui kecewa tidak dapat turun bermain menentang UAE kerana digantung satu perlawanan, Brendan tetap mahu memainkan peranan di luar padang dengan memberi motivasi kepada pasukan kebangsaan.

“Saya kecewa kerana tidak dapat bermain tetapi kita ada pemain yang hebat dalam pasukan. Walaupun tanpa saya, kualiti pasukan tidak akan menurun.

“Jadi saya akan memberi sokongan kepada pemain dari segi komunikasi dan kepemimpinan yang saya ada dalam skuad.

“Saya akan membantu sedaya upaya ketika sesi latihan dan memberikan sokongan yang diperlukan oleh pemain. Selepas aksi UAE, kita akan teruskan persiapan bagi dua lagi aksi dan ketika itu, saya akan memberikan 100 peratus untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya