Penyu dapat dua tonggak baharu - Utusan Malaysia

Penyu dapat dua tonggak baharu

KHIDMAT Marcel N'Guessan masih diperlukan oleh Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC hanya menunggu masa untuk mengumumkan kemasukan dua pemain import bagi memperkuatkan pasukan itu dalam baki saingan musim ini.

Pengurus pasukannya, Zulfadli Rozi berkata, kehadiran dua tonggak itu akan menggantikan Petrus Shitembi dan Chris Herd bagi kuota Asia yang masing-masing diketepikan akibat kecederaan.

Bagaimanapun katanya, identiti kedua-dua pemain itu belum boleh didedahkan walaupun perbincangan dengan seorang daripadanya yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M), sudah selesai.

“Seorang lagi pemain masih ada satu perlawanan dengan pasukannya esok (Rabu) dan kemudian akan ke sini untuk proses kuarantin dan sebagainya.

“Kita sudah di peringkat akhir tetapi saya tidak mahu mendahului pihak pengurusan sebelum mengumumkan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Zulfadli berkata, kemasukan dua tonggak itu akan memberi lebih pilihan kepada ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain untuk memantapkan lagi skuad Sang Penyu.

Katanya, kelibat pemain tengah, Marcel N’Guessan masih diperlukan pasukan susulan aksi baik dalam Liga Super walaupun wujud dakwaan kononnya akan kembali ke Terengganu FC II.

“Tidak semestinya Marcel akan turun pangkat kerana kita melihat secara positif apa keperluan pasukan di semua posisi. Dengan kehadiran dua pemain baharu ini, jurulatih boleh memilih kesebelasan terbaik dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pasukan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya