MU terpaksa main tiga perlawanan dalam tempoh lima hari - Utusan Malaysia

MU terpaksa main tiga perlawanan dalam tempoh lima hari

TINDAKAN penyokong menceroboh Old Trafford, Ahad lalu menyebabkan pertemuan Manchester United dan Liverpool terpaksa ditunda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima hari selepas pertemuan menentang Liverpool dijadualkan semula pada 13 Mei.

Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer sepatutnya menentang Reds, Ahad lalu, namun perlawanan terpaksa ditangguhkan apabila ratusan penyokong menceroboh Old Trafford sebagai protes terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer.

Penyokong yang berang terhadap pembabitan Glazer dalam Liga Super Eropah (ESL) yang sudah berkubur, bertindak merosakkan padang Old Trafford, selain menyalakan suar ketika polis menghalang mereka di luar stadium.

Perlawanan itu diatur kembali pada 13 Mei selepas United berkunjung ke Aston Villa pada 9 Mei dan aksi di laman sendiri berdepan pasukan di tangga ketiga, Leicester pada 11 Mei.

Solskjaer nyata tidak gembira dengan penjadualan semula itu ketika saingan musim ini semakin menuju penamat.

“Setiap tiga baki perlawanan kami di Old Trafford, berdepan Leicester City, Liverpool dan Fulham, dijadualkan semula, dengan dua yang awal terganggu akibat penangguhan pada Ahad,” kata United dalam laman web mereka hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya