Ifedayo penyelamat Red Giants - Utusan Malaysia

Ifedayo penyelamat Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor sudah di ambang kekalahan apabila ketinggalan 0-1 ketika saingan menunggu masa untuk ditamatkan, namun dua jaringan Ifedayo Olesegun membolehkan Red Giants melakar kemenangan sensasi 2-1 dalam aksi Liga Super sebentar tadi.

Selangor ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 menerusi jaringan V. Ruventhiran, malah usaha keras mereka untuk mencari gol penyamaan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sering menemui kegagalan.

Beraksi dalam keadaan padang basah dan sedikit berlecak, kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk melakukan gerakan bagi melakukan serangan.

AKSI Selangor (merah kuning) ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super malam ini. - IHSAN SELANGOR FC
AKSI Selangor (merah kuning) ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super malam ini. – IHSAN SELANGOR FC

Ruventhiran hampir menambah jaringan kedua namun gerakan yang dilakukan gagal melepasi pertahanan Selangor pada minit ke-35.

Separuh masa kedua menyaksikan Red Giants banyak menguasai permainan namun beberapa sepakan bebas yang diperoleh gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk menyamakan kedudukan.

Kemasukan R. Dinesh dan Sharel Fikri Md. Fauzi juga banyak membantu Selangor melancarkan serangan dari bahagian sayap kiri dan kanan namun gagal melepasi pertahanan PJ City.

AKSI Selangor (merah kuning) ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super malam ini. – IHSAN SELANGOR FC

Akhirnya, ketika permainan memasuki minit terakhir, Ifedayo meledak jaringan penyamaan sekali gus menjadi perangsang kepada Red Giants untuk terus memburu gol.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan keputusan seri, percubaan Ifedayo terkena belakang K. Prabakaran untuk sekali lagi menewaskan Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi pada masa kecederaan untuk memastikan tiga mata berharga.

Kemenangan meletakkan Selangor di tangga kelima dengan 18 mata, empat mata di depan PJ City yang berada di kedudukan keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN