Baiki kelemahan agar tidak kecewa lagi - Aidil - Utusan Malaysia

Baiki kelemahan agar tidak kecewa lagi – Aidil

AIDIL Zafuan menjalani latihan di gimnasium bersama skuad Harimau Malaya di Dubai semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan pasukan kebangsaan kepada Kuwait perlu diambil sebagai satu pengajaran buat pemain-pemain dalam memperbaiki beberapa kelemahan, selain meningkatkan lagi
keserasian.

Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak yang kelihatan tenang menunjukkan mentaliti skuad kebangsaan tidak terganggu dengan kekalahan 1-4 itu, sebaliknya fokus mereka kini tertumpu kepada perlawanan persahabatan kedua menentang Bahrain pada Jumaat ini.

Jelasnya, skuad negara perlu cepat memperbaiki kelemahan yang dilakukan dalam perlawanan sebelum ini dan meningkatkan lagi tahap permainan sebelum mengharungi aksi sebenar.

“Kami berlepas ke Bahrain hari ini (semalam) dan akan bertemu mereka (Jumaat ini). Masih ada beberapa hari untuk melakukan sesi latihan dan memperbaiki segala kekurangan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini.

“Saya harap kita akan bersedia sepenuhnya sebelum bertemu UAE (Emiriah Arab Bersatu). Selepas seminggu menjalani latihan di sini, saya nampak banyak pembaharuan dan peningkatan yang positif dalam pasukan.

“Saya juga harap dari hari ke hari di sesi latihan pemain-pemain dan lebih fokus dan beri komitmen sepenuhnya kepada skuad kebangsaan,” katanya sebelum berlepas ke Manama, Bahrain.

Selepas Bahrain, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan kembali ke Dubai bagi mengharungi tiga baki saingan kumpulan G bertemu UAE pada 4 Jun ini, diikuti Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya