Tonton bola, dapat motor - Utusan Malaysia

Tonton bola, dapat motor

Motosikal Honda RS150 menanti peminat bertuah yang hadir ke Stadium Hang Jebat esok untuk aksi Liga Super di antara Melaka United menentang Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bagi menggalakkan penyokong datang ke stadium, Melaka United menawarkan habuan istimewa buat peminat iaitu sebuah motosikal Honda RS150 apabila menentang Sela­ngor dalam aksi Liga Super esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, motosikal itu ditawarkan menerusi cabutan bertuah kepada peminat yang hadir di Stadium Hang ­Jebat.

“Cukup mudah, beli tiket berharga RM20 (berbumbung) atau RM12 (tempat duduk terbuka) secara dalam talian dan hadir menonton di stadium Ahad ini.

“Keputusan akan dipaparkan di papan mata bila-bila masa sepanjang perlawanan,” kata Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar promosi ‘Jom Tengok Bola di Stadium’ serta penyerahan motosikal di Seri Negeri. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn. Bhd., Datuk Seri Justin Lim semalam.

Sulaiman berkata, had penonton dibenarkan memasuki stadium adalah 4,000 orang.

“Kita harap 4,000 orang ini dapat hadir. Kita gemakan ­Stadium Hang Jebat.

“Insya-Allah jika stadium terus penuh pada masa akan datang, kita akan berikan hadiah lain, janji stadium penuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau me­ngingatkan semua pihak, ­terutama penonton agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika mahu terus menyaksikan perlawanan di stadium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya