SEREMBAN: Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana apabila menewaskan pasukan tercorot Projek FAM-MSN 2-0 malam ini.
Dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-72 untuk memperoleh gol pembukaan menerusi R. Barathkumar.
Ia adalah gol keempat buat pemain tengah itu setakat ini.
Anak-anak buah K. Devan terus melancarkan serangan dan hasilnya
berjaya mengukuhkan kedudukan menerusi penyerang import, Alain Thierry Akono Akono pada minit ke-85.
Keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.
Negeri Sembilan meraih mata ke-13, sekali gus mengekalkan kedudukan tangga teratas manakala anak-anak buah Yusri Che Lah mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut.