Jersi away Terengganu FC kembali di pasaran - Utusan Malaysia

Jersi away Terengganu FC kembali di pasaran

JERSI away Terengganu FC yang sebelum ini kehabisan stok sudah kembali di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat  Terengganu FC (TFC) sudah boleh mendapatkan jersi away skuad Penyu di Cawangan Al-ikhsan sekitar Terengganu atau secara dalam talian bermula semalam.

Jersi TFC mendapat sambutan di luar jangkaan apabila dalam masa sehari semasa pelancaran, ia terjual sebanyak 5,000 helai untuk home dan away.

Secara keseluruhan pula setakat ini sudah  terjual melebihi 8,000 helai.

Ketua Pembangunan Perniagaan Jenama Al-Ikhsan Sports, Anwar Mamtaj berkata, pihaknya terkejut dengan sambutan diterima terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Katanya, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah menyebabkan kelewatan pengeluaran jersi kerana kilang terpaksa ditutup selama 28 hari.

JERSI utama Terengganu FC.
JERSI utama Terengganu FC.

“Jersi Terengganu tahun ini menerima sambutan sangat memberangsangkan. Ketika hari pelancaran dalam sehari dapat terjual 5,000 helai iaitu home dan away. Secara keseluruhan, jumlah jersi terjual melebihi 8,000.

“Sebab apa, jersi yang kita jual adalah harga mampu milik RM99 dan jika ikut kualiti jersi itu harga melebihi RM100 ke atas. Hari ini, orang ramai boleh dapat jersi away di butik dan agen sekitar Terengganu.

“Untuk dalam talian akan dijual esok (hari ini). Trend jual jersi ini jika penyokong dapat masuk stadium mungkin jumlah jualan akan lagi meningkat.

“Sepatutnya stok baharu sudah ada tetapi disebabkan kilang terpaksa ditutup 28 hari sebab PKP menyebabkan kelewatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau memaklumkan, untuk pengeluaran fasa kedua berjumlah 4,000 helai bagi jersi away.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya