Hatrik Attram pastikan kemenangan Selangor II - Utusan Malaysia

Hatrik Attram pastikan kemenangan Selangor II

PENYERANG Selangor II, George Attram meraikan jaringannya ketika menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, hari ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: George Attram muncul wira Selangor II selepas meledak hatrik ketika membantu pasukannya menumpaskan skuad Projek FAM-MSN 4-2 dalam aksi menarik Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini.

Dalam pertemuan yang dibarisi ramai ‘ubi muda’ itu, Saiful Iskandar Adha terlebih dulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-16.

Attram yang dipinjamkan dari kelab Ghana, Accra Lions FC menggandakan jaringan 2-0 pada minit ke-41, sebelum melebarkan kedudukan 3-0 di minit ke-60.

Selangor sedikit cemas apabila lawan berjaya merapatkan jurang 3-1 menerusi Ismat Imran Zainal merapatkan , 20 minit sebelum tamat perlawanan.

Drama menjadi semakin menarik apabila saingan memasuki waktu kecederaan apabila Azhad Harraz Arman menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-92.

Usaha Projek FAM-MSN untuk mencari gol penyamaan bagaimanapun dibantutkan oleh gol keempat Selangor yang disempurnakan oleh Attram menerusi sepakan penalti, seminit kemudian.

Kemenangan dua musim ini membolehkan Selangor II melonjak ke tangga kedua liga dengan enam mata selepas tiga perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya