Akira puji aksi Kelantan United - Utusan Malaysia

Akira puji aksi Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC), Akira Higashiyama memuji aksi yang diperagakan pemainnya ketika menumpaskan PDRM FC 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Katanya, mereka memperagakan semangat juang tinggi untuk bangkit selepas tumpas 0-2 kepada Sarawak United sebelum ini.

“Saya akui masih terdapat kekurangan pada pasukan walaupun berjaya melakar kemenangan.

“Kami akan terus bekerja keras dan amat penting buat pasukan mengekalkan momentum dalam perlawanan akan datang,” katanya semalam.

AKIRA HIGASHIYAMA

Dalam perlawanan itu, Muhammad Amirul Syafik Che Soh dan Shuhei Fukai masing-masing meledakan jaringan pada minit ketiga serta ke-70 untuk menghadiahkan tiga mata.

Sementara itu, jurulatih PDRM FC, Mohd. Zan Mat Aris memberitahu, gol awal yang diperoleh tuan rumah pada minit ketiga menyukarkan pasukannya ketika mereka sedang menyesuaikan diri dengan rentak permainan.

Katanya, ketiadaan Bruno Suzuki yang dikeluarkan akibat kecederaan turut merencatkan perancangan.

“Lebih melemahkan semangat pemain saya apabila tuan rumah mendapat gol kedua.

“Walaupun babak kedua nampak kita agresif, namun kita gagal memanfaatkan peluang tersebut,” ujarnya.

Mohd. Zan Mat Aris turut mengakui banyak kelemahan menghantui pasukannya sekalipun mempertaruhkan barisan terkuat, pada pertemuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya