Pengadil EPL terima ugutan bunuh - Utusan Malaysia

Pengadil EPL terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Dean membuat laporan polis selepas dia keluarganya menerima ugutan bunuh ekoran dua kad merah kontroversi dilayangkan minggu lalu.

Dean dikritik kerana melayangkan kad merah kepada pertahanan Southampton, Jen Bednarek dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester United berpesta gol 9-0, Selasa lalu, selain membuang  pemain West Ham, Tomas Soucek di Fulham pada Sabtu.

Kedua-dua keputusan kemudian dibatalkan selepas rayuan oleh kelab masing-masing.

Dean dikatakan telah meminta untuk dikecualikan daripada tugas hujung minggu depan tetapi mungkin mengadili perlawanan pusingan kelima Piala FA antara Leicester dan Brighton esok.

Pengarah Urusan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Mike Riley menyokong keputusan Dean membuat laporan polis.

“Ancaman sebegini tidak boleh diterima dan kami menyokong penuh keputusan Mike untuk melaporkan mesej ugutan ke atas keluarganya kepada pihak polis,” kata Riley. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya