Neymar tak dapat 'kembali' ke Barcelona - Utusan Malaysia

Neymar tak dapat ‘kembali’ ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Neymar bakal terlepas pertemuan menentang bekas pasukannya, Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara di Camp Nou, Rabu depan akibat kecederaan pangkal paha.

Penyerang Paris St Germain (PSG) itu mengalami kecederaan tersebut ketika pasukannya mengalahkan Caen 1-0 dalam Piala Perancis hari ini, sekali gus terpaksa berehat sebulan.

“Selepas melakukan pemeriksaan dan imbasan klinikal, dia dijangka tidak boleh beraksi selama empat minggu bergantung kepada proses pemulihan,” kata PSG dalam satu kenyataan.

PSG berharap Neymar mampu kembali beraksi apabila menerima kunjungan Barcelona di Paris pada 10 Mac.

“Kesedihan itu luar biasa, kesakitan sangat besar dan tangisan berterusan. Sekali lagi selepas sekian lama, saya terpaksa berhenti melakukan perkara paling disukai iaitu bermain bola sepak.

“Kadangkala saya rasa tidak selesa disebabkan cara saya bermain. Saya selalu menggelecek dan sentiasa dikasari.

“Saya tidak tahu sama ada masalah datang dari saya atau apa yang saya lakukan di atas padang,” kata Neymar dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya