Misi buru kejuaraan makin 'sakit' - Utusan Malaysia

Misi buru kejuaraan makin ‘sakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United semakin menjauh dari perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas sekadar seri 1-1 dengan kelab tangga kedua tercorot, West Brom hari ini.

Kegagalan mengutip mata penuh menyebabkan Red Devils ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City.

City mampu melebarkan jurang kepada 10 mata jika menumpaskan Everton, Rabu ini.

West Brom yang bergelut di zon penyingkiran mengejutkan United dengan gol pantas Mbaye Diagne seawal minit kedua.

Diagne menanduk bola hantaran lintang Conor Gallagher, menewaskan panjaga gol, David de Gea.

United sukar menembusi pertahanan lawan, namun berjaya juga mendapat gol penyamaan menerusi sepakan voli Bruno Fernandes pada minit ke-44.

Memasuki babak kedua, pengadil, Craig Pawson menghadiahkan sepakan penalti kepada United selepas Harry Maguire jatuh dalam kotak penalti lawan.

Begitupun, selepas menonton video bantuan pengadil (VAR), Pawson merubah fikiran.

Biarpun United bekerja keras untuk mencari gol penyamaan, namun tidak banyak ancaman dilancarkan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer ke gawang tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya