'Awas, ini baru sikit' - Utusan Malaysia

‘Awas, ini baru sikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola melaungkan amaran Manchester City akan bertambah kuat selepas melakar kemenangan ke-13 berturut-turut dengan menewaskan Burnley 2-0 hari ini.

Jaringan yang dicipta mungkin tidak segah pasukan jiran, Manchester United yang membelasah Southampton 9-0 semalam, namun City memperagakan aksi konsisten untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Selepas 21 perlawanan, skuad The Citizens menerajui liga dengan 47 mata, tiga mata mengatasi Unites, namun mereka masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Gabriel Jesus membuka jaringan City seawal tiga minit selepas perlawanan bermula dan Raheem Steeling menggandakan kedudukan pada minit ke-38.

Ini kemenangan liga kesembilan berturut-turut buat The Citizens dan yang ke-13 salam semua perlawanan.

“Apakah kami mampu meningkat? Ya, banyak lagi.

“Hari ini kami mudah kehilangan bola, sesuatu yang menggusarkan saya, namun secara keseluruhan saya berpuas hati melihat peluang-peluang yang dicipta.

“Kami boleh memberikan aksi lebih baik daripada ini, namun pemain hanya manusia dan kami pulang tanpa kekesalan,” kata Guardiola.

Kemenangan itu meningkatkan keyakinan City apabila bertandang ke Anfield, Ahad ini untuk berdepan pasukan yang baru ‘terluka’, Liverpool.

Reds mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri selepas tumpas 0-1 kepada Brighton hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya