Zamsaham, FAM, MFL berdamai - Utusan Malaysia

Zamsaham, FAM, MFL berdamai

NORIZAM Tukiman (topi merah) mendengar penerangan Yusoff Mahadi di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas hampir seminggu pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman ‘berperang mulut’ dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam media sosial serta akhbar, pertemuan mereka di Wisma FAM semalam akhirnya meleraikan segala pertelingkahan.

Norizam atau lebih dikenali Zamsaham berkata, semua isu yang dibangkitkan sebelum ini dijelaskan dalam pertemuan tersebut, yang disifatkan berlangsung dengan amat ‘profesional’.

Katanya, fokus utama pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu bakal membawa kebaikan kepada pasukan Kelantan FC.

“Perjumpaan tadi berjalan dengan terbuka dan membincangkan isu-isu yang ada. Ia mendapat penjelasan yang jelas. Saya hanya memberi fokus kepada penjanjian yang terbentuk dengan KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan).

“Kita mengharapkan agar FAM memudah cara dan membantu pasukan Kelantan FC. Sebab sekarang ini fokus kita adalah kepada pembangunan, pembinaan pusat latihan dan persiapan pasukan.

“Saya tidak mahu masalah hutang-hutang yang bukan dalam perjanjian mengganggu fikiran saya. Jadi saya telah menjelaskan kepada pihak FAM dan minta kalau boleh tiada lagi kenyataan-kenyataan yang dibuat boleh mengganggu pasukan Kelantan FC.

“Mereka berlapang dada dengan pandangan saya dan bagi saya perjumpaan tadi berjalan dengan sangat baik dan profesional,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun Norizam berkata, ada beberapa perkara yang dibincangkan terlalu sensitif dan tidak boleh didedahkan kepada media.

Perbincangan itu dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi; Naib Presiden FAM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam serta Norizam sendiri yang turut membawa wakil KAFA, diketuai naib presidennya, Ahmad Muzakkir Hamid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya