LONDON: Jaringan Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso memberikan kemenangan pertama buat Thomas Tuchel sebagai pengendali apabila Chelsea selepas menumpaskan Burnley 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Azpilicueta yang memakai lilitan kapten meletakkan Blues di depan pada minit ke-40 selepas menyempurnakan hantaran Callum Hudson-Odoi.
Seorang lagi pertahanan Chelsea, Alonso menggandakan kedudukan apabila mengawal hantaran Christian Pulisic sebelum melakukan voli enam minit sebelum tamat perlawanan.
Chelsea kini mengharungi dua perlawanan tanpa bolos di bawah bimbingan Tuchel selepas seri 0-0 dengan Wolverhampton, Khamis lalu.
Begitupun bintang penyerang Jerman, Timo Werner masih gagal meledak gol dalam 12 perlawanan liga, namun kemenangan hari ini membolehkan Chelsea melonjak ke tangga ketujuh liga sementara Burnley kekal di tangga ke-15. – AGENSI