Januari uji kesetiaan, kepercayaan Liverpool - Utusan Malaysia

Januari uji kesetiaan, kepercayaan Liverpool

MASA depan Georginio Wijnaldum dan Virgil van Dijk akan menjadi persoalan besar di Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Januari 2021 bulan yang amat menguji kesetiaan dan kepercayaan Liverpool, dari pemain hingga ke jurulatih.

Sepanjang karier kejurulatihannya dari Mainz, Borussia Dortmund hinggalah Liverpool, Jurgen Klopp terkenal kerana sikap setia kepada pemain, malah kakitangan kelab.

JURGEN KLOPP

Ikatan yang dibina atas semangat kekeluargan itulah yang membawa Reds menguasai Eropah, dunia dan England.

Bagaimanapun pada Januari 2021, karakter jurulatih dari Jerman itu bakal diuji.

Kepercayaannya terhadap pemain, malah kesetiaan pemain kepada kelab menjadi tumpuan.

Pertahanan akan menjadi fokus Reds. Klopp perlu menentukan sama ada posisi itu harus dirombak bulan ini.

Kecederaan panjang bek tengah, Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip memaksa Klopp melakukan sesuatu.

Selama ini, dia setia menggunakan pemain muda seperti Rhys Williams dan Nat Phillips, malah sesekali menukar pemain tengah, Fabinho ke benteng.

Begitupun Klopp berdepan persoalan apakah dia mahu kekal dengan barisan pemain sedia ada atau membawa masuk muka baharu pada bulan perpindahan Januari.

SVEN BOTMAN

Pertahanan muda Belanda, Sven Botman yang kini beraksi buat kelab Perancis, Lille dan tonggak Bayern Munich, David Alaba dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield bulan ini.

Selain itu, Reds juga berdepan persoalan apakah mereka akan melepaskan bintang tengah, Georginio Wijnaldum.

Wijnaldum, 30, yang bakal tamat kontrak hujung musim ini menarik minat Manchester City dan Chelsea. Sekarang semua terpulang kepada Reds.

Memasuki Januari, kedudukan Van Dijk juga mula dibangkitkan. Dia akan genap 32 tahun apabila kontraknya berakhir pada 2023, jadi sekarang masa terbaik Reds untuk menjual kapten Belanda itu.

Sejak tiba pada 2018, Van Dijk telah mengukuhkan kedudukan sebagai pertahanan tengah terbaik dunia, namun sejak kebelakangan ini dia kerap dibelenggu kecederaan.

Sepanjang ketiadaan Van Dijk, Liverpool mengharungi perlawanan dengan baik, malah jauh lebih baik daripada yang dijangkakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya