Heubach perkukuh benteng Selangor - Utusan Malaysia

Heubach perkukuh benteng Selangor

Tim Heubach
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain import Jerman, Tim Heubach sah menyertai Selangor bagi memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim hadapan.

Heubach sebelum ini pernah bersama beberapa pasukan di Eropah termasuk Borussia Monchengladbach II, Frankfurt, Kaiserslautern kelab Israel, Maccabi Netanya dari 2017 hingga 2020.

Kata Heubach, risikan daripada skuad Selangor yang diketuai oleh Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner sukar ditolak terutama apabila mengetahui pasukan ini memiliki peminat yang ramai

“Saya tidak pernah sampai ke Asia sebelum ini dan ingin mencari cabaran baharu di sini sebelum bersara di Jerman.

“Semasa berbincang dengan Michael mengenai Selangor, saya sangat teruja dan menonton banyak video berkaitan pasukan Gergasi Merah di YouTube dan perlawanan siaran langsung, timbul keyakinan untuk mewakili mereka.

“Saya juga telah menemui Karsten Neitzel (ketua jurulatih) di Jerman pada bulan Oktober dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya buat pertama kali,” katanya.

The Red Giants sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat khidmat penyerang, Shahrel Fikri Md. Fauzi dari Perak.

Selangor sebeulum ini turut mengesahkan dua pemain import, Ifedayo Olusegun dan Safuwan Baharudin dikekalkan manakala khidmat tonggak veteran, Sandro da Silva mungkin digunakan untuk pasukan feeder, Selangor 2 musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN