Terpulang Kedah nak 'ikat' Baddrol - Utusan Malaysia

Terpulang Kedah nak ‘ikat’ Baddrol

BADDROL BAKHTIAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat pasukan Liga Malaysia (Liga M) difahamkan mendekati Baddrol Bakhtiar bagi mendapat khidmat kapten Kedah itu musim depan.

Baddrol, 32, yang telah meledak 112 gol bersama Lang Me­rah berkata, dia menunggu jawapan Kedah sama ada mahu menggunakan khidmatnya atau tidak sebelum membuat keputusan.

“Ada beberapa pasukan mula hubungi saya tetapi saya nak tunggu Kedah dulu, tengok macam mana.

“Pasukan mana? saya tak boleh dedah…nanti ada apa-apa berita saya beritahu” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sepanjang bersama Kedah, Baddrol telah membuat 296 penampilan sejak 2005 dan membantu mereka meraih dua trofi Liga Super dan Liga Perdana, empat Piala Malaysia, tiga Piala FA serta satu Piala Sumbangsih.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Baddrol tidak pernah berhijrah ke mana-mana pasukan Liga M hingga disamakan dengan legenda Itali, Francesco Totti yang setia bersama AS Roma sejak 1992 hingga bersara pada 2017.

Ditanya apa yang bakal dilakukan selepas Piala Malaysia dibatalkan, dalam nada berseloroh pemain Harimau Malaya itu berkata dapat cuti awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya