Seri adil buat City, Liverpool - Utusan Malaysia

Seri adil buat City, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kedua-dua pasukan memiliki banyak peluang dan seri 1-1  keputusan paling adil buat Manchester City dan Liverpool, kata pengendali Reds, Jurgen Klopp.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pagi tadi, Liverpool menguasai babak pertama di Etihad, namun City bangkit dengan aksi lebih mantap pada separuh masa kedua.

“Pertembungan sengit. Dua gergasi berentap dan tenaga yang ditunjukkan luar biasa.

“Anda boleh lihat, selepas setiap 10 hingga 15 minit semua orang menarik nafas.

“Saya amat gembira City tidak mencipta banyak peluang seperti yang selalu mereka lakukan.

“Kami juga banyak mengatur gerakan balas yang baik, malang sekali tidak menghasilkan gol,” kata Klopp kepada BBC Sport.

 

Mohamed Salah membuka jaringan Liverpool menerusi sepakan penalti.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti selepas Kyle Walker menjatuhkan Sadio Mane.

Gabriel Jesus bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-31 apabila dia yang tidak dikawal di depan gawang Reds mudah menolak bola menewaskan penjaga gol, Alisson.

Keputusan seri meletakkan Liverpool di tangga ketiga liga dengan satu mata di belakang pendahulu, Leicester City tetapi berkongsi 17 mata bersama pasukan  tangga kedua, Tottenham.

City pula di tangga ke-10 dengan mengutip 12 mata dari tujuh perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya