Maguire semakin bagus - Southgate - Utusan Malaysia

Maguire semakin bagus – Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate mengakui gembira dengan kebangkitan Harry Maguire daripada episod sukar sejak beberapa bulan lalu apabila kapten Manchester United itu membantu England mengatasi Ireland 3-0 dalam aksi persahabatan semalam.

Maguire meniti malang sejak pertengahan Oktober lalu apabila dibuang padang ketika England tewas 0-1 kepada Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara, sebelum dikritik hebat apabila bersama skuad Red Devils.

Pertahanan berusia 27 tahun itu juga pernah ditahan kerana didapati bersalah menyerang pegawai polis, melawan ketika hendak ditangkap dan cuba memberi rasuah dalam kejadian di Mykonos, Greece pada Ogos lalu.

Southgate mengakui dia bimbang terhadap masa depan Maguire namun kini dia boleh menarik nafas lega apabila menyaksikan pertahanan itu kembali di landasan asal dan menanduk masuk untuk membantu England menang 3-0.

“Saya rasa gembira dengan Harry. Saya rasakan kad merah boleh menjatuhkan motivasinya. Anda boleh lihat raut wajahnya ketika keluar padang (semasa menentang Denmark).

“Saya yakin dia pasti mempunyai perasaan di mana semua oarang membencinya.

“Saya ada berbual secara baik dengan dia dan saya yakin kelabnya akan sentiasa menyokong dan anda dapat lihat persembahan dia semakin baik selepas itu.

“Menentang Ireland, saya rasa sangat penting untuk dia menyarung kembali jersi England. Ia satu saat yang terindah baginya selaku kapten Manchester United dan paling penting, dia berjaya menjaringkan gol.

“Saya yakin jaringannya itu telah menyuntik semangatnya untuk terus mengharungi kepayahan,” kata Southgate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya