Kedah pertaruh Azri jaga gawang - Utusan Malaysia

Kedah pertaruh Azri jaga gawang

AZRI ABD. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Skuad Lang Merah tidak mempunyai pilihan untuk menjaga gawang, selain bergantung harap kepada penjaga gol muda, Muhammad Azri Abd. Ghani pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Ini gara-gara dua penjaga gol utama Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Mohd. Shahril Saa’ri  belum pulih daripada kecederaan yang mereka alami sebelum ini.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau bagaimanapun tidak ragu dengan kemampuan bekas penjaga gol Felda United berusian 20 tahun itu menjalankan tugas mencabar itu.

“Ifwat tampak belum pulih daripada kecederaan akibat berlanggar dengan tiang dalam pertemuan dengan Felda United sebelum ini manakala Mohd. Shahril pula berdepan kecederaan otot.

“Kedua-duanya memang tidak boleh diturunkan tetapi saya memiliki keyakinan terhadap keupayaan Muhammad Azri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ketika ini Kedah berdepan misi getir untuk mengutip enam mata penuh dalam dua perlawanan terakhir bagi memastikan mereka layak menduduki tempat kedua, seterusnya dapat beraksi dalam Piala AFC musim depan.

Selepas bertemu Melaka, Kedah bakal bertandang ke Ipoh untuk berdepan Perak yang turut menyasarkan kedudukan sama setelah JDT dinobatkan selaku juara keseluruhan buat kali ketujuh berturut-turut kelmarin.

Ditanya keadaan motivasi pemain yang perlu berdepan empat perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan, Aidil berkata, anak-anak buahnya dilihat berada dalam keadaan baik.

“Mereka berada dalam keadaan baik tetapi bukan ‘terbaik’. Saya fikir semuanya kini berkaitan dengan psikologi masing-masing,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya