United lega lepasi Luton - Utusan Malaysia

United lega lepasi Luton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer lega Manchester United mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas menumpaskan Luton 3-0 biarpun agak resah dengan aksi pasukannya, awal pagi tadi.

Gol menerusi Juan Mata dan pemain gantian, Marcus Rashford serta Mason Greenwood memberi kemenangan pertama buat Red Devils musim ini.

Kemenangan itu tiba tiga hari selepas anak-anak buah Solskjaer dimalukan 1-3 oleh Crystal Palace dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Mata yang membuat penampilan ke-200 buat United membuka jaringan menerusi penalti pada minit ke-44 ekoran kekasaran yang dilakukan pemain lawan ke atas Brandon Williams.

Rashford menambah gol kedua pada minit ke-88 dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, James Shea sebelum Greenwood melengkapkan gol ketiga di waktu kecederaan.

“Selamat dan mara? Ia tidaklah terlalu selamat, mereka (Luton) memaksa kami berhempas pulas untuk menang.

“Tetapi itulah yang kami perlukan, perlawanan kompetitif dan lebih minit beraksi buat pemain.

“Biasanya kami akan mengharungi pramusim yang panjang tetapi kali ini ia agak pendek (disebabkan Covid-19), jadi saya gembira apabila berdepan saingan sengit,” kata Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya