Vincent tak tahu nak beli kelab mana - Utusan Malaysia

Vincent tak tahu nak beli kelab mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dilema memilih pasukan, selain masih berkira-kira tentang ‘untung rugi perniagaan bola sepak’ menyebabkan jutawan Malaysia,Tan Sri Vincent Tan menangguhkan hasrat membeli kelab tempatan.

Vincent yang memiliki dua kelab Eropah, Cardiff City (Liga Kejuaraan England) dan KV Kortrijk (Liga Divisyen Satu Belgium) tidak menolak akan membeli pasukan Liga Malaysia (Liga M) tetapi bukan dalam waktu terdekat.

“Tengok dululah (beli pasukan Liga M musim ini). Susah nak berniaga bola sepak, asyik rugi sahaja. Kena fikir baik-baik.

“Buat sementara ini belum ada hasrat tetapi mana tahu saya ubah fikiran. Ia satu kemungkinan, cuma belum pasti,” kata Vincent.

Beliau ditemui selepas majlis tandatangan pemain bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk di ibu negara semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengakui, ada terdengar tentang minat Vincent membeli pasukan Kuala Lumpur.

Selain Vincent, taikun penerbangan yang juga bekas pemilik Queens Park Rangers (QPR), Tony Fernandes juga disebut-sebut mungkin beralih ke Liga M kerana semua pasukan tempatan akan diswastakan musim depan.

Sebelum ini, bapa kepada pemain muda kebangsaan, Wan Ahmad Kuzain dan Wan Ahmad Kuzri, Wan Ahmad Kamal Wan Napi membuat kejutan apabila menyuarakan hasrat untuk menjadi pemilik baharu Kelantan.

Minat yang ditunjukkan kesemua individu itu adalah susulan semua Liga M bakal diswastakan menjadi kelab bola sepak (FC) dan bukan lagi bertaraf Persatuan Bola Sepak (FA) bermula 1 Oktober ini.

Sementara itu, ketika ditanya pasukan yang menjadi pilihan jika beliau sudah bersedia membeli kelab Liga M, Vincent mengakui, sukar membuat keputusan.

“Selangor, Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT)…Juara Malaysia, JDT yang terbaik. Saya rasa susah nak beli (pasukan) di sini sebab semuanya kawan, macam mana nak lawan kawan?

“Membeli pasukan luar lebih mudah kerana semua lawan. Saya tak dapat nak komen (pasukan mana nak beli),” kata Vincent yang juga Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya