Watford mangsa lepas geram City - Utusan Malaysia

Watford mangsa lepas geram City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola lega apabila anak-anak buahnya kembali ‘kelaparan’ selepas membenam Watford 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Tewas kepada Arsenal pada Sabtu lalu dalam separuh akhir Piala FA membuatkan Guardiola tidak gembira dengan persembahan City, terutama pada aksi babak pertama di Stadium Wembley.

Selepas perlawanan tersebut, Guardiola mengakui cara bermain City menyakitkan, sekali gus menimbulkan perasaan ragu-ragu terhadap perjuangan anak-anak buahnya.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan ke atas Watford hari ini, menyaksikan dua jaringan Raheem Sterling disusuli gol Phil Foden dan Aymeric Laporte.

Begitupun Guardiola memberitahu Radio BBC selepas tamat perlawanan bahawa mereka melaksanakan tugas dengan kadar minimum sahaja.

“Kami boleh menang dan kami boleh tewas. Dalam karier sebagai pemain bola sepak, anda lebih banyak tewas daripada menang.

“Bagaimanapun anda sentiasa perlu menamatkan permainan dan pergi ke bilik persalinan dengan berkata ‘saya penat dan saya telah berikan segalanya untuk menang perlawanan hari ini’.

“Dan apabila ia (kemenangan) tidak berlaku, kami tidak boleh bangga dengan pencapaian diri,” kata Guardiola.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya