Liverpool kempunan pecah rekod City - Utusan Malaysia

Liverpool kempunan pecah rekod City

PENJAGA gol Arsenal, Emiliano Martinez menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi pemain Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Benteng pertahanan rapuh Virgil van Dijk dan kesilapan Alisson  memusnahkan impian Liverpool untuk memahat rekod baharu selepas tewas 2-1 kepada Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kekalahan di Stadium Emirates itu  menyaksikan skuad Reds gagal mengatasi atau menyamai rekod Manchester City yang pernah muncul juara dengan pungutan 100 mata pada musim 2017-18.

Terdahulu, Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-20 sebelum hantaran ke belakang lemah daripada Van Dijk membolehkan Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Alisson turut melakukan kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya, sekali gus memudahkan Lacazette menghantar bola kepada Reiss Nelson untuk gol kemenangan sebelum tamat babak pertama.

Pertahanan Belanda, Van Dijk mengaku kesilapan tersebut sambil menyifatkan gol itu  bagaikan ‘hadiah’ kepada Arsenal.

“Gol yang kami berikan itu seperti hadiah. Jika anda berikan gol seperti itu, termasuk saya, anda akan menerima padahnya.

“Jika anda melihat perlawanan itu, sehingga saya melakukan kesilapan itu, tiada apa yang salah. Saya mengambil tangggungjawab kerana itu dan kami perlu teruskan,” katanya.

Van Dijk bagaimanapun kekal bermotivasi selepas meraih gelaran sulung liga selepas tempoh 30 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya