Cheng Hoe intip UAE - Utusan Malaysia

Cheng Hoe intip UAE

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih panjang, namun pengendali negara, Tan Cheng Hoe sentiasa memantau perkembangan lawannya.

UAE ba­nyak melakukan perubahan, terma­suk menukar dua jurulatih dalam tempoh setahun.

Baru-baru ini, UAE mengumumkan pelantikan jurulatih baharu, Jorge Luis Pinto selepas menamatkan kontrak Ivan Jovanovic.

Jovanovic hanya bertahan empat bulan sejak mengambil alih pasukan daripada jurulatih Belanda, Bert van Marwijk, Di­sember lalu.

“Luis Pinto sangat berpe­ngalaman. Dia pernah membimbing Costa Rica dan Honduras dalam Piala Dunia, jadi dia bukan jurulatih biasa-biasa.

“Ini menunjukkan UAE serius menghadapi empat perlawanan terakhir,” kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia semalam.

Selepas tewas tipis 1-2 kepada UAE dalam aksi pertama di Bukit Jalil, Oktober tahun lalu, Harimau Malaya akan bertandang ke Dubai, 8 Oktober ini.

Malaysia akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan kelas ‘A’ menentang Kuwait dan Bahrain sebelum menghabiskan baki tiga saingan Kumpulan G.

Cheng Hoe akan memanggil latihan pusat pada 24 September sebagai persiapan menentang UAE, Vietnam (13 Oktober) dan Thailand (17 November).
Selepas lima perlawanan, Malaysia menduduki tangga kedua dengan sembilan mata manakala Vietnam mengetuai Kumpulan G menerusi 11 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya