Ranking No.3 dunia bakar semangat Izzuddin

Ranking No.3 dunia bakar semangat Izzuddin

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ketika beraksi di pentas final Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani menjadikan ranking No. 3 dunia sebagai pembakar semangat utama untuk meningkatkan prestasinya pada musim depan.

Kejayaan muncul sebagai naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu menyaksikan beliau bersama Goh Sze Fei melonjak empat anak tangga dari No. 7 kepada carta ketiga terbaik dunia.

Menurut Izzuddin, walaupun ranking sering dianggap sebagai angka semata-mata, namun ia memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada beliau dan Sze Fei untuk terus berusaha dan memperbaiki permainan.

“Sesetengah orang mesti melihat ranking itu hanya nombor, namun ia sangat bermakna sebagai motivasi untuk kami.

“Kami berharap kami dapat menjadi lebih konsisten untuk kejohanan musim depan. Kami berharap dapat buat lebih baik dan dapat menuai hasil yang sama seperti tahun ini,” kata Nur Izzuddin ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Menjelang pembukaan musim 2025 bulan depan, beliau juga tekad mahu memberi tumpuan bukan sahaja kepada serangan tetapi juga pada aspek pertahanan yang perlu dipertingkatkan bagi bersaing dengan beregu berkelas dunia.

“Kunci utama saya bersama Sze Fei sejak dahulu lagi memang aspek serangan, namun dari segi pertahanan kami juga perlu diberi fokus bagi memudahkan kami untuk menyerang.

“Bagaimanapun, setiap kejohanan memang akan ada perkara yang kami harus perbaiki. Sebab pesaing yang lain pun semakin lama, semakin bagus. Kami juga harus menjadi lebih baik daripada mereka,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Untuk rekod, Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi beregu lelaki pertama negara yang berjaya mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 2018.

Selain itu, mereka juga turut menutup kempen 2024 dengan mengungguli tiga kejohanan iaitu, Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka Arctic (Super 500) serta Terbuka China (Super 1000).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya