Aaron-Wooi Yik layak ke separuh akhir Korea Masters

Aaron-Wooi Yik layak ke separuh akhir Korea Masters

AARON Chia (kiri) dan gandingannya Soh Wooi Yik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila untuk mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Korea Masters di Iksan, Korea Selatan, hari ini.

Turun selaku pilihan pertama kejohanan, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan wakil tuan rumah Kim Jae-hyeon-Sang Won Lee  straight set 21-17, 21-12 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan tersebut penting buat pasangan No. 1 negara itu dalam misi mereka untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China pada Disember ini.

Pasangan itu sedang mengembalikan prestasi terbaik mereka apabila Wooi Yik kembali beraksi selepas berehat lebih sebulan ekoran mengalami kecederaan kaki.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik berdepan tugas getir apabila dijadual menentang pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024, Wang Chi-Lin bersama pasangannya, Chiu Hsiang Chieh, esok.

Chi-Lin-Hsiang-chieh mara ke separuh akhir kejohanan selepas wakil dari Taiwan itu menundukkan pemain China, Xie Haonan-Zeng Weihan 21-12, 16-21, 21-19 dalam tempoh 62 minit.

Sebagai rekod, Chi-Lin memenangi pingat emas Olimpik Paris 2024 bersama pasangannya, Lee Yang selepas menundukkan wakil China, Liang Weikeng-Wang Chang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya