Malaysia tersungkur di kaki Korea Selatan

Malaysia tersungkur di kaki Korea Selatan

(FOTO: Ihsan BAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebimbangan menjadi kenyataan, Malaysia tersungkur awal setelah tumpas ditangan Korea Selatan 1-3 di peringkat 16 terbaik dalam acara badminton berpasukan pada Sukan Asia di Gimnasium Binjiang, Hangzhou, China, hari ini.

Kekalahan mengejut perseorangan utama negara, Lee Zii Jia ditangan pemain No. 47 dunia, Jeon Hyeok Jin 14-21, 21-14, 21-18 seperti memberi bayangan bahawa langkah Malaysia akan disekat oleh Korea Selatan.

Bagaimanapun, kemenangan straight set beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke atas juara dunia, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk 21-17, 21-9 kembali menyalakan harapan skuad negara mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Namun, bagaikan dihinggap penyakit berjangkit, pemain No. 19 dunia, Ng Tze Yong turut gagal menyaingi rentak perseorangan kedua Korea Selatan yang menghuni ranking ke-119 dunia, Lee Yun Gyu apabila tunduk 11-21, 16-21.

Kembali ketinggalan 1-2, beregu kedua Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tidak mampu mengulangi pencapaian Aaron-Wooi Yik apabila mereka tumpas 16-21, 18-21 kepada beregu pecah ganding Korea Selatan, Kim Won Ho-Na Sung Seung.

Tewas 1-3, tidak memerlukan perseorangan ketiga, Leong Jun Hao turun ke gelanggang kerana Korea Selatan yang akan berdepan Indonesia yang mendapat bye selaku pilihan pertama pada suku akhir, esok.

Terkandas di peringkat 16 terbaik, mengulangi pencapaian pada temasya di Indonesia, lima tahun lalu, apabila skuad negara tewas kepada Jepun 0-3.
Fokus barisan pemain negara kini sudah boleh beralih kepada acara individu yang hanya akan bermula sebaik acara berpasukan berakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya