Yew Sin-Ee Yi tetap hormat lawan

Yew Sin-Ee Yi tetap hormat lawan

PASANGAN beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ketika menentang pasangan China, Ren Xian dan Tan Qiang pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023, di Stadium Axiata Arena, semalam Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemenangan ke atas Lu Ching Yao-Yang Po Han pada Piala Sudirman, minggu lalu, meningkatkan keyakinan beregu No. 8 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjelang pertemuan dengan pasangan Taiwan itu pada pusingan kedua Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Ee Yi berkata, walaupun hanya bermain dalam satu perlawanan iaitu menentang Ching Yao-Po Han, tetapi, mereka beroleh kemenangan pada pertemuan tersebut.

“Sewaktu kita turun, kita menang, jadi, ini membantu tingkatkan keyakinan menjelang perlawanan pusingan kedua nanti,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Ee Yi memberitahu, dia dan Yew Sin tidak pula mengambil mudah cabaran yang bakal hadir daripada pasangan No. 14 dunia itu.

Jelasnya, beregu itu sebenarnya baharu balik daripada kecederaan dan Piala Sudirman merupakan pentas pertama mereka.

“Jadi, kita tak boleh ambil mudah, kena bersedia dan perlu fokus kepada setiap perlawanan,” ujarnya.

Yew Sin pula berkata, aksi pada Piala Sudirman jauh berbeza kerana pertandingan tersebut membabitkan acara berpasukan dan semangatnya tidak sama dengan Malaysia Masters.

“Cuma saya harap momentum yang kita bina daripada Piala Sudirman dapat dikekalkan, itu sahaja,” tambahnya.

Sementara itu, dalam aksi beregu wanita, pasangan No. 11 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah bakal berdepan beregu Jepun, Rina Miyaura-Ayako Sakuramoto pada pusingan kedua.

Ketika diminta mengulas mengenai kelebihan yang dimiliki beregu Jepun, Pearly berkata, pasangan dari negara matahari terbit itu biasanya memiliki kekuatan mental dan juga fizikal.

“Kami hanya harap dapat kekalkan prestasi dan fokus mata demi mata,” jelas Pearly yang turut mengakui dia dan Thinaah belum pernah bertemu Miyaura-Sakuramoto.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya